Menu
Kertas_Putih_1939 Isi Kertas Putih 1939Kertas Putih 1939 diterbitkan pada 17 Mei 1939, dan pokok-pokok utamanya adalah:
"Pemerintah Sri Baginda percaya bahawa para penyusun Mandat yang di dalamnya Deklarasi Balfour terkandung tidak mungkin memaksudkan bahawa Palestin harus diubah menjadi sebuah Negara Yahudi berlawanan dengan kehendak penduduk Arab negara itu. [...] Kerana itu Pemerintah Sri Baginda kini menyatakan dengan tegas bahawa bukanlah kebijakannya bahawa Palestin harus menjadi sebuah Negara Yahudi. Bahkan Pemerintah akan menganggap hal itu berlawanan dengan kewajibannya terhadap orang-orang Arab di bawah Mandat ini, dan juga dengan jaminan-jaminan yang telah diberikan kepada bangsa Arab di masa lampau, bahawa penduduk Arab di Palestin harus dijadikan kawula dari sebuah Negara Yahudi, yang berlawanan dengan kehendak mereka."
"Tujuan dari Pemerintahan Sri Baginda adalah pembentukan dalam waktu 10 tahun sebuah Negara Palestin yang merdeka dalam hubungan-hubungan perjanjian dengan United Kingdom sehingga akan memberikan kebutuhan-kebutuhan komersil dan strategis dari kedua negara itu dengan memuaskan di masa depan. [...] Negara yang merdeka itu haruslah satu saja, di mana orang Arab dan Yahudi bersama-sama memerintah dengan cara yang demikian rupa sehingga memastikan perlindungan kepentingan-kepentingan yang hakiki dari masing-masing komuniti."
"Pemerintah Sri Baginda tidak menemukan [..] apapun di dalam Mandat ini ataupun di dalam Pernyataan-pernyataan Kebijakan yang sesudahnya yang mendukung pandangan bahawa pembentukan sebuah Tanah Air Nasional Yahudi di Palestin tidak dapat dilakukan kecuali apabila imigrasi diizinkan berlanjut tanpa batas. Bila imigrasi menimbulkan akibat-akibat yang tidak dikehenadki terhadap posisi ekonomi negara ini, imigrasi harus dengan tegas dibatasi; demikian pula bila hal itu menimbulkan akibat yang merugikan secara serius terhadap posisi politik di negara ini, maka itu adalah faktor yang tidak boleh diabaikan. Meskipun tidak sulit orang berdebat bahawa imigran Yahudi dalam jumlah besar yang akan diterima sejauh ini telah diserap secara ekonomi, rasa takut orang-orang Arab bahawa arus masuk ini akan berlanjut tanpa batas hingga populasi Yahudi mendominasi mereka telah menghasilkan akibat-akibat yang sangat parah bagi orang-orang Yahudi maupun Arab, dan bagi perdamaian dan kemakmuran Palestin.
Menu
Kertas_Putih_1939 Isi Kertas Putih 1939Berkaitan
Kerta Kertas tisu Kertas Kertau Kertau hitam Kertas Putih Kertas Pandora Kertas Putih 1939 Kertas surih Kertas kerja Annus MirabilisRujukan
WikiPedia: Kertas_Putih_1939 http://translate.google.com/translate?u=https://en... http://www.yale.edu/lawweb/avalon/mideast/brwh1939... http://prpm.dbp.gov.my/